Monday, November 2, 2009

Percutian terakhir bersama mak

Kami sekeluarga ke Cameron Highland. Masa tu aku dah sarat. Kalau tak silap aku mengandung 8 bulan.


Sunday, November 1, 2009

Ahli baru keluarga kami....



Inilah dia....Kawasaki ER-6n. Boleh kira mcm beban baru la ni. Sport bike/naked bike idaman Rzl ni.... Akhirnye dpt jugak dia memilikinye....Rzl punye bike warna hitam. Aku x sempat nk snap lg. Pic kt atas tu aku cilok kt Mudah. Baru je jemput 29/10/2009 hr tu.

Kursus Induksi Umum

Lega dh tamat induksi umum (22/11-29/11/2009)…..nasib la diorg anjurkan kt KL je, bole aku blk hari2. klu x……cian la kt Hamka. Stok EM pun x berape nk ade. Cecukup pakai hari2 je. Takpe….pasni ibu akan cube pam sekerap mungkin untuk stok Hamka ye.

Moga2 lps ni bole la confirm cecepat.

Friday, October 30, 2009

Eid 2009

Hamka di pagi Raye...


Family

Ibu, Abh dan Nana

Nana....pose pagi raye.


Wednesday, October 14, 2009

Perginye seorang ibu

Gambar terakhir mak bersama cucu2 kesayangannye; Wan Naziha, Wan Hikmal Hazim dan Husna Amani (Nana)
Tanggal 29 September 2009, Sharifah Halijah binti Syed Ahmad telah pergi menyahut seruan Illahi…….Al-Fatihah.

Kami sekeluarga dalm perjalnan pulang dari Felda Lepar Hilir 3…tiba-tiba Rzl dpt sms dr adik ipar aku Shida yg menemani mak di kampung. “Abg, mak sakit. Bdn mak dh lemah sebelah…“ bile aku bace je sms tu aku dh dpt agak mak nak kena stroke ni…so aku suruh rzl minta shida cari kereta untuk bawak mak ke hospital secepat mungkin.

Tp….shida kene mrah dgn mak, dia x nk pegi hospital. Ape nk buat…..kami jauh lg. …Adik2 yg lain pun masing2 dlm perjalanan pulang dr pahang.

Lebih kurang pukul 9.15 mlm kami sampai kampung, Alhamdulillah tgk mak boleh senyum lg melayan tetamu yang datang beraya. Lega……tp mak x boleh jalan, klu nk g toilet kene papah. Tp hati ni x lah risau sgt macam td.

Puas Rzl pujuk mak….sampai menangis….tp mak masih degil, x nak pegi hospital. Disbbkan takut darah mak semakin naik, aku pun suruh Rzl berhenti dr pujuk mak. Walaupun aku sedar tindakan aku tu boleh mengundang bahaya…..

Pukul 11 mlm, mak minta Rzl dan shida ke toilet belakang sbb nk guna tandas duduk. Mase mak dlm toilet tu, Cik Ika dan Cik Sumi baru sampai. Tak lame lepas tu mak pun keluar dr toilet, mase tu aku tgh makan nasi kt dapur…..mase mak lalu tu aku tgk muke mak dh lain…..hati ni dh berdebar2 semula. Shida dudukkan mak kt kerusi….hati ni tambah rase x sedap bile mak bercakap dh tak berape jelas. Aku pun terus panggil rzl yg tgh tension kt luar.

Lps dia tgk mak….shida n rzl terus siap2 nk bwk jugak mak ke hospital. Adik yg lain masih blom sampai. Sedang rzl n shida siap2kan barang2 mak…..baru diorang sampai…agak2 pkl 12.30 mlm. Bile mak nmpk je adik rzl yg paling kecik….mak peluk dia dan terus nangis. Hati aku tambah x sedap…….

Kami adik beradik papah mak ke kereta…..mak masih tersenyum…..Aku pakaikan mak selipar. Mak mmg x mampu nk angkat kaki dia yg sebelah kanan. Sedih…..Aku dan Azizah tinggal di rumah jage anak2. hati aku x sedap…..berdebar2. Minda aku ni sentiase mencongak2 kemungkinan yg bakal berlaku

Akhirnye ape yg aku fikirkan berlaku juga, sesampainye mak di Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam, mak dah x sedarkan diri…..kira-kira jam 4 pagi (27/9/2009) mak dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Rzl jemput aku dan Hamka. Kami menyusuli mak ke HTAR.
Pagi tu keadaan mak masih sama….mak tak beri sebarang tindak balas. Aku sempat berjumpa dgn doktor yang duty pagi tu. Malangnya hasil ujian imbasan otak mak masik tidak keluar secara rasmi. Roughly….mereka jumpe empty space…mungkin udara atau jangkitan (pus…etc.???) but most probably bukan darah beku. Berkali2 doktor tu tanya samada mak pernah jatuh atau tidak….? Aku mmg tau sgt perangai mak, mak mmg suke bercerita….klu mak jatuh sikit pun sure dia cerite kt kami.

Petang tu mak di pindahkan ke wad kritikal….mak masih juga begitu…malam tu aku plan nk balik…nk keje….Kebetulan mak dan abah aku dtg lawat mak.Sebelum balik tu aku singgah hospital nk jenguk mak. Mase aku sampai wad….kirah manangis sampai tak boleh bercakap. Doktor kata mak dh xde harapan lg….. Aku terus terfikirkan suami aku yg sgt sygkan mak….bagi rzl mak adalah segala2nya. Walaupun dia kasar, suke marah2, tapi……pilunye….

Aku tukar fikiran…aku balik Langat ambil kain baju utk kami sekeluarga….baju aank2 tak cukup. Esoknye aku x jadi kerja. Isnin ptg, aku dan anak2 balik semula ke Klang. Ptg tu singgah sekejap jengok mak…..aku cium mak sepuas-puasnye. Hamka dan Husna x bole naik……tu menyukarkan aku untuk selalu disisi mak.

Sepanjang mak di wad, ank2 nye sentiase dkt dgnnye. Sentiase didgrkan ayat2 suci Al-quran. Aku yakin mak pasti bahagia……walaupun dlm kesakitan.

Pagi selasa 29/9/2009, jam 7.45 pg, mak pegi utk selama-lamenye……Tp aku percaya mak pergi dgn tenang…..Rzl hubungi aku, aku n anak2 bergegas ke hospital. Kira2 jam 8.30 pg kami bertolak ke kampung untuk menguruskan jenazah mak.

Sesampai kami sekeluarga, jenazah sedang di mandikan.. Kami lmbt skit sbb tersalah masuk simpang, confuse sikit jln kt Bandar Klang tu. Siap di kapankan, jenazah di sembahyangkan, di Imamkan oleh Wan Shahrul ank ketiga mak. Jenazah dikebumikan selepas zohor, jam 2 ptg. Juga ditalkinkan oleh Wan Shahrul. Tentu mak sgt bahagia….ank2 nye sentiase bersama2 sehingga dia selamat dikebumikan.

Harapan aku…..semoga mak ditempatkan bersama org2 yang beriman. Amin. Buat suamiku…setiap org pasti merasainye, mak akn sentiasa dihati kita. Tabahkan hati, tetapkan Iman. Banyak lg dugaan yg menanti kita.

Wednesday, September 9, 2009

Pengasuh baru…

Mulai 1 September hari tu aku hantar Nana n Hamka ke pengasuh baru. Lega rasenye dpt pengasuh baru yang dekat dgn rumah. Pengasuh tu pun jaga Nana n Hamka je.

Hari pertama aku hantar tu, Nana nangis….cian dia. Tp kene keraskan hati jugak tinggalkan dia kt situ. Aku x g keje….stand by kt umah, kot2 ade ape2 nnt bole aku terus g umah pengasuh tu.

Hamka plak….aku dh ajar pengasuh tu mcmane nk prepare susu Hamka (Hamka x minum susu formula, hanye susu ibu). Siap aku belikan warmer supaya senang sediakan susu Hamka. Tp x susah…Hamka x minum kerap pun waktu siang, 2 atau 3 kali je.

Hamka ni aku x la risau sangat sbb dia kecik lagi. Si Nana ni…dia dh kenal org. Hiba plak rasenye bila Nana nangis pastu dia kate “Ibu jagela Nana…” sedih…

Tp Alhamdullillah….semua ok. Ptg tu mase jemput diorg….tgk Nana tgh main. Lega tgk dia happy. Hamka pun same….ceria je muka dia. Harap2 pengasuh yang baru ni dapat jage anak2 aku dgn baik. Yang penting berikan perhatian pd anak2 aku. Barula bila aku jemput tu muke diorg ceria je.

Ain: Terima kasih Apit sbb tlg carikan pengasuh baru ni.
Terima kasih Kak Ana sbb sudi jage anak saye.

Monday, September 7, 2009

Budak kampung...

Aksi Nana mase kat kampung....pakai baju nyan(panggilan nana utk nenek aku) dia.