Wednesday, September 9, 2009

Pengasuh baru…

Mulai 1 September hari tu aku hantar Nana n Hamka ke pengasuh baru. Lega rasenye dpt pengasuh baru yang dekat dgn rumah. Pengasuh tu pun jaga Nana n Hamka je.

Hari pertama aku hantar tu, Nana nangis….cian dia. Tp kene keraskan hati jugak tinggalkan dia kt situ. Aku x g keje….stand by kt umah, kot2 ade ape2 nnt bole aku terus g umah pengasuh tu.

Hamka plak….aku dh ajar pengasuh tu mcmane nk prepare susu Hamka (Hamka x minum susu formula, hanye susu ibu). Siap aku belikan warmer supaya senang sediakan susu Hamka. Tp x susah…Hamka x minum kerap pun waktu siang, 2 atau 3 kali je.

Hamka ni aku x la risau sangat sbb dia kecik lagi. Si Nana ni…dia dh kenal org. Hiba plak rasenye bila Nana nangis pastu dia kate “Ibu jagela Nana…” sedih…

Tp Alhamdullillah….semua ok. Ptg tu mase jemput diorg….tgk Nana tgh main. Lega tgk dia happy. Hamka pun same….ceria je muka dia. Harap2 pengasuh yang baru ni dapat jage anak2 aku dgn baik. Yang penting berikan perhatian pd anak2 aku. Barula bila aku jemput tu muke diorg ceria je.

Ain: Terima kasih Apit sbb tlg carikan pengasuh baru ni.
Terima kasih Kak Ana sbb sudi jage anak saye.

Monday, September 7, 2009

Budak kampung...

Aksi Nana mase kat kampung....pakai baju nyan(panggilan nana utk nenek aku) dia.

Saturday, September 5, 2009

Hamka


muke kekenyangan.....pastu kene tinggal dgn ibu. ibu g beli kek besday atuk kt BB bangi.

Budak-budak botak

ni nana botak





ni hamka botak

Friday, September 4, 2009

Sesi kaunsling di Susuibu.com…

Kenape nk kene g kaunsling ni…? Aku g sbb Hamka kurang menyusu waktu siang (waktu di rumah pengasuh). Jd….aku g keje x tenang asik risaukan dia. Itulah sbbnye aku buat appointment utk sesei kaunsling tu.

Aku sampai susuibu.com ngam2 pukul 10 (appointment aku pkl 10 25/8/2009 ). Aku purposely amik cuti sbb nk g sesi ni. Isi borang….dia amik sume detail aku n hamka. Aku bwk Hamka skali. Tp Hamka tido je sepjg kaunsling tu.

Rupe-rupenye aku x perlu risau. Mengikut kate Pn. Kamariah, Hamka minum cukup utk siang tu sbb mlm dia minum kerap. Itu diname kan “reverse cycle”. Dgn berat hamka skrg, which is 5.9kg, dia perlu minum lebih kurang 29 oz susu dlm tempoh 24 jam. Fuh….

Pasal pam susu waktu kerja plak, production aku kira ok la….dpt pam 20 oz. siang hamka cume amik 12oz je……selebihnye aku boleh la simpan. Tp mlm mmg aku x boleh pam. Hamka take over sampai dia puas. Waktu cuti pun susah sgt nk pam, dia asik bergantung je….

Jika dibandingkan mase nana dulu, kali ni aku lebih bersedia dr segi mental dan fizikal untuk menyusuksn hamka secara eksklusif sampai dia berumur 6 bln. InsyaAllah….

Terima kasih kedada Pn. Kamariah dr Susuibu.com atas khidmat nasihat yg tlh diberikan. ianye sgt2 beerti untuk kami. Pd suami tercinta, terima kasih sbb sentiase menyokong…..

Thursday, August 20, 2009

Hamka Azami....

Baby Hamka selepas beberapa jam dilahirkan......15 JUNE2009

Hamka Azami selamat dilahirkan pada 15 Jun 2009 jam 3.21 ptg. Alhamdulillah…… Mendengar tangisannya buat kali pertama bagai ditiup semula semangat yang hilang semasa bertarung nyawa melahirkannya.Terima kasih Ya Allah.

Melihatnya buat kali pertama..... Ya Allah….Kau Maha Besar!!!!

Menyusukannya buat kali pertama..... bangga tak terkira menjadi seorang ibu.

Melihatnya senyum untuk kali pertama..... saat paling indah dalam hidup ku.

Sekali lagi aku bergelar IBU. Kini Ibu kepada Husna Amani dan juga Hamka Azami permata hati…….

Wednesday, June 3, 2009

Ulang tahun perkahwinan yang ke-3

Tarikh 3 Jun mmg sgt bererti untuk kami (aku n Rzl), sbb pd tarikh tu thn 2006 kami sah jadi suami isteri. tulah antara saat2 paling bahagia dlm hidup aku.

Sejarah perkenalan kami bermula sejak kami di tingkatan 1. Aku 1 sekolah dgn Rzl, tp kenal camtu je la....pastu tingkatan 4, aku pindah sekolah. tp sbg kwn Rzl ade gak call aku klu cuti sekolah. abis tingkatan 5 aku dpt g matrikulasi dan seterusnye ke UPM. Rzl plak..... dia habiskan tingkatan 6 kt sekolah yg dulu tu.....tingkatan 6???. mase kt UPM tu la kami jumpe balik. tak silap aku mase aku thn 1 kot. tp kwn2 je la....di takdirkan jodoh kami pjg, gone thru' thick n thin 2gether......sampaila skrg.

Sempena ulang thn perkahwinan kami yg ke-3 ni aku nk rewind balik saat indah tu.....

  • Akad nikah- Berlangsung kt umah aku pada 3/6/2006 lps asar. tp rombongan lelaki sampai dkt pkl 6.

  • Malam berinai- Lepas maghrib tu, ade buat mkn2 sikit pastu ade bersanding untuk majlis berinai. Untuk keleuarga terdekat je.

  • Majlis persandingan- berlangsung keesokkan harinye. Meriah...ramai giler yg dtg. Maklumla kenduri ank sulong.....

  • Majlis kt umah lelaki- berlangsung pada 11/6/2006 secara sederhana tp tetap meriah.

Gambar2 kenangan semasa Majlis Perkahwinan Kami...... Pastinye menjadi sejarah yg indah dlm hidup aku.